Monday, January 31, 2011

Bengkel pengenalan PETROSAINS

Baru minggu ke-4 pembelajaran bagi tahun 2011, aku sudah mula merasai bahang kesibukan tugas pengurusan. Yang menambahkan lagi tekanan adalah perancangan harian sudah jauh tersasar dari Rancangan Pengajaran Tahunan. Minggu ini hanya 2 hari sahaja sempat mengadap anak-anak murid tersayang. Selasa-Mesyuarat guru data, Rabu-Bengkel Petrosains dan Jumat;Raptai penuh untuk hari anugerah. Walaupun agak kecewa dengan keadaan ini,namun itulah hakikat dunia perguruan hari ini..tumpuan guru bukan hanya untuk P&P sahaja..

Oleh kerana saya kurang mengajar minggu ini,jadi kuranglah cerita yang dapat dikongsi berkaitan P&P. Apapun saya bersyukur dengan penyertaan dalam Bengkel pengenalan guru yang dianjurkan oleh Petrosains telah meningkatkan lagi kemahiran saya untuk melaksanakan pengajaran bermakna. Bengkel ini diadakan di Petrosains Dinotrek 2, Kompleks membeli-belah AEON City, Seberang Prai. Diantara matlamat bengkel ini adalah untuk mempromosikan program-program kerjasama PETROSAINS dengan sekolah-sekolah. Ia hadir untuk memecahkan kebuntuan guru-guru Sains menyediakan program pembinaan minda saintifik di sekolah masing-masing.

Selepas seisi penerangan program,kami menyertai satu aktiviti berbentuk eksplorace sebagai pendedahan untuk melaksanakannya di sekolah kelak. Semua peserta dibahagikan kepada 10 orang/kumpulan. Kami dikehendaki menyelesaikan tugasan di 5 buah stesen. Kami diperuntukkan masa 10 minit di setiap stesen untuk menyelesaikan tugasan yang diberi, menulis konsep sains yang berkaitan dengan tugasan yang diberi dan mendapatkan sampul yang mempunyai sebahagian puzzle yang akan dicantum di akhir eksplorasi nanti.

Kumpulan saya iaitu kumpulan TEKNO memulakan eksplorasi dari stesen TANGRAMS. Walaupun kebanyakan ahli TEKNO mempunyai latar belakang bidang sains dan matematik,tetapi kami semua tidak pernah bermain TANGRAMS! Dan untuk membuat bentuk yang paling asas iaitu anak panah,kami menggunakan lebih dari 5 minit..itupan dengan bantuan sukarelawan di stesen tersebut..hehe..

Tangrams yang paling mudah..
inipun diselesaikan dengan bantuan sekarelawan.. :-(

Selepas 10 minit, siren dibunyikan menandakan kami perlu bergerak ke stesen seterusnya. Tugasan yang diberikan ialah menggerakkan cebisan bola pingpong yang melengkung itu kebahagian tengah air. Atas usaha gigih ahli kumpulan menambahkan air menggunakan picagari hingga memenuhi bekas, cebisan itu bergerak ke tengah. Konsep daya tarikan dan terikan diaplikasikan di sini..

Stesen seterusnya ialah MAGIC CARPET ataupun biasanya dikenali dengan SUDOKU. Dan sekali lagi tiada seorang pun dari kalangan kumpulan TEKNO berminat dengan SUDOKU. Di kala kumpulan saingan sudah mendapatkan hasil,kami masih terkial-kial mencari nombor yang sesuai diletakkan di tengah! Akhirnya trainer En.Yusof datang memberikan klu.. Klu pertama;nombor di tengah-tengah ialah hasil tambah nombor yang paling kecil dengan yang paling besar di bahagi 2..no 5! Kemudian klu kedua menyusul kerana kami tetap tidak berjaya menyelesaikannya. Klu ke 2; 6,7 dan 8 tidak boleh berada di dalam baris yang sama. Dan hasilnya... Yes! We can do it..hehe..selepas sepuluh minit dengan bantuan trainers.. Whatever, kami tetap berjaya men dapatkan puzzle dari En Yusof.

Di stesen ke-4,kami terpaksa menyelesaikan masalah Trainer En Syafiq…dia mempunyai 2 bekas; 1 bekas 3 liter dan 1 bekas 5 liter. Masalahnya Encik Syafiq memerlukan 4 liter bahan sahaja.. dan untuk kali pertamanya kami berjaya menyelesaikan tugasan dalam masa yang singkat.. :p. Tapi kami selesaikan tugasan itu menggunakan kaedah yang panjang, dan atas lebihan masa yang ada kami menjejaki kaedah yang lebih mudah..and..we get it! Stesen ini dipanggil SAND READER kerana kami menggunakan pasir di dalam permainan ini. Jika permainan ini dilaksanakan di sekolah, trainers menggalakkan kami menggunakan air kerana dapat mengaplikasikan konsep meniskus air. Jadi SAND READER ditukar kepada WATER READER.

Dan akhirnya kami sampai ke stesen terakhir. Kalau tak silap saya namakan SQUARE BOTTLE. Kami dibekalkan dengan 18 biji botol, dan kami perlu menyusunnya di dalam 24 petak. Syaratnya ialah tiada lajur ataupun baris disusun dengan bilangan ganjil. Alhamdulilah,dalam masa kurang 3 minit kami memperoleh hasilnya. Kami memanfaatkan baki masa yang ada untuk melihat pameran dan bergambar dengan ‘dinasor’ yang ada di sini.

Selepas siren panjang dibunyikan,kami kembali ke dewan utama,mencantum puzzles, mencari nama dinasor di dalam gambar itu,melengkapkan borang tugasan dengan konsep sains yang berkaitan dan menghantarnya kepada trainers. Masa yang diperuntukkan untuk menyelesaikan tugasan ini ialah 5 minit. Kemudian Trainer En Syafiq membuat rumusan tentang aktiviti ini. Beliau membincangkan semula konsep-konsep sains dan matematik yang diaplikasikan di setiap stesen. Kemudian beliau juga meyakinkan guru-guru bahawa aktiviti sebegini boleh diaplikasikan di sekolah masing-masing kerana ia tidak memerlukan kos yang tinggi dan hasil aktiviti ini sangat positif untuk perkembangan minda saintifik pelajar.

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah. Semua kumpulan mendapat cenderahati dari pihak PETROSAINS yang pemurah. Walaupun kumpulan TEKNO hanya berjaya mendapat tempat keempat, namun kami gembira dengan pengalaman yang di lalui. Saya menanam azam untuk melaksanakan aktiviti sebegini sekolah kelak. Semoga ilmu yang diperolehi ini menambah nilai diri saya sebagai guru dan meningkatkan minat pelajar saya terhadap ILMU SAINS..

No comments:

Post a Comment