Thursday, January 20, 2011

Kenapa kita belajar SAINS?

KENAPA KITA PERLU BELAJAR SAINS?

satu demi satu wajah-wajah mulus anak murid ku perhatikan..
barangkali memikirkan..kenapa cikgu ni nak tanya benda tu??
kemudian..spontan perkataan yg keluar..

"nak jadi SAINTIS!"

Bagus Danial..tapi kenapa perlu jadi saintis?

"nak cipta macam-macam"

untuk apa Nabila?

"untuk hidup.."

Ini adalah soalan lazim dan jawapan lazim juga yg akan ku perolehi setiap tahun. Pelajar akan menyatakan mereka belajar Sains untuk mencipta itu dan ini..
Hakikatnya adakah itu tujuan kita mempelajari Sains?

Membesar dalam persekitaran yang membina minda saintifik menjadikan saya jarang bertanya kenapa perlu belajar Sains,kerana yang pastinya saya memang meminati pelajaran ini.. Tapi ia berubah apabila saya menjadi guru Sains di sekolah yang sedang membangun ini..saya seringkali berhadapan dengan mempunyai gambaran yang sangat negatif untuk mempelajari subjek yang penuh dengan eksplorasi ini. hampir setiap seisi pembelajaran saya perlu selitkan motivasi untuk mengkaji ilmu yang akan membantu kita semua untuk hidup dengan lebih baik. Dan semakin lama saya mengajar ILMU SAINS, saya semakin menyakini..secara fitrahnya ramai pelajar-pelajar saya sangat meminati ILMU SAINS,tapi tidak berminat dengan MATAPELAJARAN SAINS.

Ini terbukti apabila saya dapat mendengar sendiri bagaimana mereka dapat mengaplikasikan konsep-konsep yang dipelajari dalam kelas didalam sembang-sembang mereka..padahal mereka adalah pelajar-pelajar yang seringkali tidak menyiapkan kerja rumah,tidak melukis gambarajah dengan tepat dan pastinya seringkali juga mendapat markah tercorot dalam peperiksaan. Dan seringkali pelajar-pelajar ini akan bercakap-cakap apabila saya sedang menerangkan konsep-konsep yang kompleks. Pastinya saya naik angin dengan sikap mereka,namun bila saya membuat refleksi pengajaran..saya menyedari bahawa hakikatnya ada sesuatu yang difahami oleh mereka dan cuba dikongsi dengan rakan..yang kalaulah saya dapat layani setiap satu celoteh mereka, mungkin minat mereka terhadap ilmu ini semakin mendalam..namun..hakikat sistem pembelajaran kita tidak begitu..

"Kita di Malaysia terlalu berteori dalam mempelajari Sains sedangkan pelajar di negara barat lebih praktikal." Memetik Kata Penerbit oleh Haji Muhammad Zakaria dalam buku "80 Eksperimen Sains di Belakang Rumah". Pengalaman mengajar Sains hampir 5 tahun mengiakan kenyataan ini. Sebenarnya terlalu banyak kepincangan yang telah berlaku dalam seisi pengajaran dan pembelajaran Sains hingga menyebabkan ilmu yang sangat dekat dengan fitrah ini dilihat sebagai satu subjek yang menjemukan..memberikan tekanan..sangat sukar dan pelbagai lagi sentimen negatif menular dalam minda pelajar..

ILMU YANG SANGAT DEKAT DENGAN FITRAH..

Ya..ilmu yang akan membawa kita kenal DARI mana kita datang, KENAPA kita berada di sini dan KEMANA kita selepas ini..persoalan asas sebagai seorang MUSLIM!
Tak pernah belajar semua ini dalam Sains di sekolah? bermakna anda tidak belajar ILMU SAINS,tapi hanya belajar MATAPELAJARAN SAINS..
kerana ILMU SAINS itu sepatutnya membawa kita mengenal diri dan mengiktiraf Yang Maha Pencipta kita. ILMU SAINS itu sepatutnya mebawa kita mengenal alam dan mengagumi Yang Maha Mengatur, ILMU SAINS sepatutnya mengajar kita tatacara hidup yang benar, kerana kita akan mengenali FITRAH kejadian alam yang sementara.
Dan yang paling penting ILMU SAINS itu bukan bergantung kepada gred yang tercatat di dalam keputusan peperiksaan, tetapi ia diukur dari sejauh mana kita mengamalkan ILMU SAINS dalam kehidupan seharian demi meraih CINTA ILAHI..kemuncak kepada penghayatan ILMU SAINS..
Andai kita belum memperolehinya bermakna kita belum benar-benar menghayati ILMU SAINS!

2 comments:

  1. Kiriman pertama Ummi utk blog nya..

    Semoga Allah berikan kelapangan dan ruang waktu untuk ummi menulis..

    Fateh, bagi sukongan kat Ummi..

    ReplyDelete
  2. Ameen..
    time kaceh sayang..
    doakan dapat istiqamah menyumbang kepada ummat..:-)

    ReplyDelete